SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

Tuesday, May 4, 2010

INFO BORONG KE CHINA


GedungBorongChina.com adalah sebuah portal B2B yang disasarkan kepada peruncit, pemborong dan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau trader persendirian yang berminat untuk membeli, menjual dan berurus niaga barangan dari negara China di satu platform maya yang selamat dan real-time, dengan secara mudah dan cepat. Dibangunkan dengan kepakaran teknikal dan berdasarkan keperluan semasa, GedungBorongChina.com merupakan satu-satunya portal e-dagang khusus bagi pemborong barangan dari China yang dibangunkan sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu bagi kemudahan peniaga, peruncit dan pemborong Malaysia.

GedungBorongChina.com membuka peluang dan rangkaian perniagaan kepada kedua-dua pembeli dan penjual, yang juga merupakan peruncit, peniaga dan pemborong.
Antara kemudahan yang disediakan di dalam portal GedungBorongChina.com :
Keahlian automatik kepada peserta kursus yang akan diberi pengalaman secara langsung di dalam urusan jual beli di China. Pemborong akan di bawa ke negara China dan dibimbing secara praktikal bagaimana untuk mencari sumber produk dan memasarkan kepada peruncit.
Keahlian adalah percuma kepada mereka yang terpilih (tertakluk kepada syarat-syarat tertentu).

Portal dilengkali dengan info dan pangkalan data peruncit-peruncit yang dikategorikan mengikut produk dan perkhidmatan yang disediakan. Ini memudahkan pengguna untuk mencari dan mendapatkan info yang dikehendaki dengan cepat dan tepat.
Pemasaran mudah dan cepat menggunakan perkhidmatan pemasaran SMS yang disediakan. Pengguna boleh menghantar SMS dengan hanya mengisi mesej dan memilih senarai penerima dari senarai yang telah ada di dalam pengkalan data terpilih. Khidmat ini bukan sahaja cepat, mudah malah murah jika dibandingkan dengan pemasaran SMS yang lain. Pengguna juga boleh menentukan sasaran pemasaran secara tersusun kerana penerima boleh dipilih daripada pengkalan data yang disediakan.

Kemudahan carian yang mudah dari senarai pembekal kerana pengkelasan yang tersusun mengikut kategori yang mudah difahami
Sebarang pesanan dan transaksi adalah disimpan dan dapat diuruskan dengan senang dan mudah melalui sistem yang selamat dan akses terkawal
Penjual boleh memuat naik/upload info dan gambar produk dengan senang dan cepat dengan capaian terbuka pada bila-bila masa.

Interaksi dan komunikasi boleh dikhususkan kepada mana-mana pembeli/penjual tanpa melibatkan pihak lain. Ini membolehkan sebarang komunikasi berlaku dengan secara terus dan cepat. Perkhidmatan kargo dan penghantaran barang dari China dan Malaysia juga disediakan oleh pihak GedungBorongChina.com dengan kadar yang berpatutan dan memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.

Pengiklanan barangan melalui pelan pemasaran portal yang berkesan dengan paparan info barangan di bahagian-bahagian tertentu portal dan juga pemasaran terus kepada peruncit melalui medium yang disediakan. Ini memudahkan pemborong membuat pemasaran dan meningkatkan potensi perniagaan masing-masing ( SUMBER: gedungborongdichina ).

Memborong terus dari China


SIAPA sahaja boleh menceburi perniagaan import dan menjadi saudagar borong? Kedengarannya seperti memerlukan modal yang besar, mempunyai kapal pengangkut, pengalaman berniaga di negara orang dan lain-lain faktor yang menggerunkan sesiapa sahaja menceburinya terutama peniaga-peniaga kecil.

Memang benar, kini sesiapa sahaja boleh menjadi pemborong dan tidak semestinya berbekalkan modal jutaan ringgit, Perniagaan borong atau mengimport dari negara luar seperti China, Vietnam atau India telah lama dilakukan oleh peniaga bukan bumiputera tetapi ia masih agak baru khususnya di kalangan orang Melayu.

Ketiga-tiga negara ini menjadi pilihan di kalangan pemborong kerana menawarkan rangkaian produk yang pelbagai dan mampu memenuhi permintaan pasaran. Paling penting negara-negara ini menawarkan sumber pada harga yang cukup kompetitif, lebih-lebih lagi kepada pemborong berskala kecil dan yang baru hendak bermula. Senario pasaran borong semakin berubah apabila semakin ramai usahawan Melayu berusaha membebaskan diri daripada terus bergantung kepada orang tengah.
Ramai yang cuba berusaha mendapatkan terus dari sumber yang secara tidak langsung boleh meningkatkan margin keuntungan mereka. Cara terbaik ialah dengan menjadi pemborong dan berurusan terus dengan pembekal bagi memberi ruang lebih luas untuk tawar menawar harga.
Dalam hal ini katanya, peniaga Melayu memang diakui berkebolehan dari segi pemasaran tetapi kurang pengalaman dalam meneroka pasaran borong terutama luar negara yang nyata jauh lebih murah. Justeru bagi yang baru mula meneroka pasaran borong, China adalah tempatnya kerana negara itu merupakan hab atau destinasi pemborong terbesar di dunia.

Bukan setakat Malaysia, malah pemborong dari negara-negara Asean lain seperti Indonesia, Brunei dan Filipina datang ke sini. Malah sejak kebelakangan destinasi borong seperti Guangzhou, Shenzen dan Yiwu menjadi tumpuan peniaga-peniaga Afrika (sumber : utusan ).

Monday, May 3, 2010

PEMBORONG: Pengenalan Fungsi Pemborong




PERNIAGAAN BORONG:
Ia merupakan aktiviti membeli barang secara borong / pukal daripada pengeluar untuk dijual semula sama ada kepada peruncit atau terus kepada pengguna akhir.

FUNGSI PEMBORONG :

1. FUNGSI PEMBORONG KEPADA PENGELUAR:
a. Membeli secara pukal dan tunai - pengeluaran secara besar dan mendapat modal pusingan dengan cepat
b. Mengurangkan kos pergudangan
c. Memecah pukal oleh pemborong membantu menjimatkan kos
d. Mengurangkan kos pengangkutan kerana pemborong memiliki pengangkutan sendiri
e. Pemborong membantu meluaskan pasaran
f. Pemborong memberi maklumat pasaran

Fungsi pemborong dalam saluran agihan ialah membantu mengedarkan barangan daripada pengeluar kepada pengguna akhir. Bagimanakah pemborong dapat membantu pengeluar?
Pemborong dapat membantu pengeluar mengagihkan barang keluarannya kepada pengguna akhir ialah dengan cara :-


a) Membantu pengeluar mengeluarkan secara besar-besaran dan membantu mendapatkan modal pusingan keran pembelian secara pukal dan tunai.
b) Pemborong juga membantu mengurangkan kos pergudangan pengeluar kerana pemborong memilikki sendiri gudang untuk simpanan stok.
c) Pengeluar juga dapat menjimatkan kos memecah pukal kerana kerja-kerja ini dilakukan oleh pemborong.
d) Kos pengangkutan juga dapat dikurangkan kerana ianya disediakn oleh pemborong
e) Pemborong juga membantu pengeluar dari segi meluaskan pasaran barangannya.

2. FUNGSI PEMBORONG KEPADA PERUNCIT & PENGGUNA KEPADA PERUNCIT
a. Membekal pelbagai barangan
b. Memberi kredit
c. Memberi maklumat dan nasihat


KEPADA PENGGUNA AKHIR
a. Menstabilkan harga
b. Menydiakan bekalan
c. Menyampaikan maklumat
d. Memecah pukal
e. Mempelbagaikan pilihan pengguna