SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

Tuesday, May 4, 2010

Memborong terus dari China


SIAPA sahaja boleh menceburi perniagaan import dan menjadi saudagar borong? Kedengarannya seperti memerlukan modal yang besar, mempunyai kapal pengangkut, pengalaman berniaga di negara orang dan lain-lain faktor yang menggerunkan sesiapa sahaja menceburinya terutama peniaga-peniaga kecil.

Memang benar, kini sesiapa sahaja boleh menjadi pemborong dan tidak semestinya berbekalkan modal jutaan ringgit, Perniagaan borong atau mengimport dari negara luar seperti China, Vietnam atau India telah lama dilakukan oleh peniaga bukan bumiputera tetapi ia masih agak baru khususnya di kalangan orang Melayu.

Ketiga-tiga negara ini menjadi pilihan di kalangan pemborong kerana menawarkan rangkaian produk yang pelbagai dan mampu memenuhi permintaan pasaran. Paling penting negara-negara ini menawarkan sumber pada harga yang cukup kompetitif, lebih-lebih lagi kepada pemborong berskala kecil dan yang baru hendak bermula. Senario pasaran borong semakin berubah apabila semakin ramai usahawan Melayu berusaha membebaskan diri daripada terus bergantung kepada orang tengah.
Ramai yang cuba berusaha mendapatkan terus dari sumber yang secara tidak langsung boleh meningkatkan margin keuntungan mereka. Cara terbaik ialah dengan menjadi pemborong dan berurusan terus dengan pembekal bagi memberi ruang lebih luas untuk tawar menawar harga.
Dalam hal ini katanya, peniaga Melayu memang diakui berkebolehan dari segi pemasaran tetapi kurang pengalaman dalam meneroka pasaran borong terutama luar negara yang nyata jauh lebih murah. Justeru bagi yang baru mula meneroka pasaran borong, China adalah tempatnya kerana negara itu merupakan hab atau destinasi pemborong terbesar di dunia.

Bukan setakat Malaysia, malah pemborong dari negara-negara Asean lain seperti Indonesia, Brunei dan Filipina datang ke sini. Malah sejak kebelakangan destinasi borong seperti Guangzhou, Shenzen dan Yiwu menjadi tumpuan peniaga-peniaga Afrika (sumber : utusan ).

No comments:

Post a Comment