SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

Tuesday, May 4, 2010

INFO BORONG KE CHINA


GedungBorongChina.com adalah sebuah portal B2B yang disasarkan kepada peruncit, pemborong dan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau trader persendirian yang berminat untuk membeli, menjual dan berurus niaga barangan dari negara China di satu platform maya yang selamat dan real-time, dengan secara mudah dan cepat. Dibangunkan dengan kepakaran teknikal dan berdasarkan keperluan semasa, GedungBorongChina.com merupakan satu-satunya portal e-dagang khusus bagi pemborong barangan dari China yang dibangunkan sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu bagi kemudahan peniaga, peruncit dan pemborong Malaysia.

GedungBorongChina.com membuka peluang dan rangkaian perniagaan kepada kedua-dua pembeli dan penjual, yang juga merupakan peruncit, peniaga dan pemborong.
Antara kemudahan yang disediakan di dalam portal GedungBorongChina.com :
Keahlian automatik kepada peserta kursus yang akan diberi pengalaman secara langsung di dalam urusan jual beli di China. Pemborong akan di bawa ke negara China dan dibimbing secara praktikal bagaimana untuk mencari sumber produk dan memasarkan kepada peruncit.
Keahlian adalah percuma kepada mereka yang terpilih (tertakluk kepada syarat-syarat tertentu).

Portal dilengkali dengan info dan pangkalan data peruncit-peruncit yang dikategorikan mengikut produk dan perkhidmatan yang disediakan. Ini memudahkan pengguna untuk mencari dan mendapatkan info yang dikehendaki dengan cepat dan tepat.
Pemasaran mudah dan cepat menggunakan perkhidmatan pemasaran SMS yang disediakan. Pengguna boleh menghantar SMS dengan hanya mengisi mesej dan memilih senarai penerima dari senarai yang telah ada di dalam pengkalan data terpilih. Khidmat ini bukan sahaja cepat, mudah malah murah jika dibandingkan dengan pemasaran SMS yang lain. Pengguna juga boleh menentukan sasaran pemasaran secara tersusun kerana penerima boleh dipilih daripada pengkalan data yang disediakan.

Kemudahan carian yang mudah dari senarai pembekal kerana pengkelasan yang tersusun mengikut kategori yang mudah difahami
Sebarang pesanan dan transaksi adalah disimpan dan dapat diuruskan dengan senang dan mudah melalui sistem yang selamat dan akses terkawal
Penjual boleh memuat naik/upload info dan gambar produk dengan senang dan cepat dengan capaian terbuka pada bila-bila masa.

Interaksi dan komunikasi boleh dikhususkan kepada mana-mana pembeli/penjual tanpa melibatkan pihak lain. Ini membolehkan sebarang komunikasi berlaku dengan secara terus dan cepat. Perkhidmatan kargo dan penghantaran barang dari China dan Malaysia juga disediakan oleh pihak GedungBorongChina.com dengan kadar yang berpatutan dan memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.

Pengiklanan barangan melalui pelan pemasaran portal yang berkesan dengan paparan info barangan di bahagian-bahagian tertentu portal dan juga pemasaran terus kepada peruncit melalui medium yang disediakan. Ini memudahkan pemborong membuat pemasaran dan meningkatkan potensi perniagaan masing-masing ( SUMBER: gedungborongdichina ).

No comments:

Post a Comment